UMNO Aplikasi Pertandingan Pidato Online PUMAS Ke Arah PRU-15 – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pelaksanaan pertandingan Pidato Online Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang berlangsung dengan fasa peringkat negeri bermula 8 Ogos lalu adalah antara salah satu persediaan ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Demikian terang, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam ucapan secara maya sempena Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Pidato Online peringkat Negeri Selangor, malam ini.

Terangnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pertandingan pidato secara online ini bukanlah semata-mata untuk mencari juara tetapi hadiah sebenar adalah dengan menyediakan setiap bahagian UMNO dengan pemidato yang boleh berhujah secara digital.

“Tidak boleh tidak kita perlu memulakan titik tolak ke arah PRU maka antaranya adalah menyediakan pemidato atau penceramah yang boleh diaplikasi untuk menjadi jentera kita dalam PRU nanti,” katanya.

Namun begitu, beliau mengakui bahawa maklum balas berkaitan satu perkara penting iaitu soal naratif atau pengisian hujahnya.

“Soalnya adalah bagaimana nak tetapkan jalan cerita atau naratif, iaitu tentunya apabila kita beralih arah daripada pembangkang kepada kerajaan, caranya bezanya… jadi cara nak mengurus atau bagaimana nak membantu ‘Keluarga Malaysia’ menjadi kekuatan.

“Hal ini seterusnya perlu dikekalkan dan dibawa ke PRU-15 tanpa mengenepikan UMNO yang selama ini menjadi suara rakyat.

“Sekarang kita dalam suatu kedaan bagaimana kerajaan di bawah pimpinan UMNO mesti dipertimbangkan oleh rakyat untuk memimpin negara pada masa hadapan,” katanya lagi.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Pidato Online peringkat Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Noh Omar dan dihadiri secara maya oleh kepimpinan UMNO Negeri terbabit. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit