KUALA LUMPUR, 30 Ogos — (Dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, hari ini.