Misi Bantuan Banjir Kedah: UMNO Sentiasa Prihatin Membantu Rakyat – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada hari ini UMNO telah menerima sumbangan sebanyak RM500.000 (Lima Ratus Ribu Ringgit) daripada Ranhill Berhad.
Katanya, barangan yang diberikan oleh Ranhill adalah berupa keperluan asas makanan dan juga barang-barang untuk memperbaiki kediaman yang rosak akibat banjir.
“Bagi pihak UMNO merakamkan ucapan terima kasih kepada Ranhill Berhad Tan Sri Hamdan Mohamad atas sumbangan kepada Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
“Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa mengarahkan supaya sentiasa prihatin dan membantu rakyat ketika waktu kesusahan dan UMNO sentiasa prihatin dan membantu rakyat,” katanya kepada media hari ini.
Tambah Ahmad, sebelum ini terdapat rombongan dari UMNO telah membantu mangsa-mangsa banjir dan hari ini juga ada rombangan yang telah pergi membantu khususnya di Jerai dan Merbok.
“Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebenarnya telah awal-awal lagi pergi membantu mangsa-mangsa banjir dan beliau telah memberikan bantuan.
“Banjir yang melanda di sana adalah banjir lumpur dan pasir, ia mengambil masa untuk dibersihkan dan pada saat ini masih ada rumah-rumah yang masih belum diselesaikan, dibersihkan dan juga rumah-rumah yang rosak akibat banjir,” katanya lagi.
Bagi Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjelaskan pada fasa pertama Wanita UMNO telah memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir.
“Wanita UMNO telah menghantar hampir 300 sukarelawan dan bergerak memberikan bantuan sumbangan, membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas dan juga cara-cara pemprosen air bersih,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
“Pemuda UMNO telah menghantar bantuan yang pertama ke tempat banjir dan sebab itu kita gerakkan seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Kedah untuk memberikan bantuan,”ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan menjelaskan bahawa Puteri UMNO siap siaga membantu bersama pihak Ranhill dalam mengedar keperluan barang-barang bantuan.
“Puteri UMNO juga berada di lapangan membantu bersama-sama dengan Ranhill dan akan bersama-sama membantu dari segi menghantar bantuan dan juga membersihkan rumah-rumah yang terjejas,” ujarnya lagi. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan