Pemuda UMNO Terus Bantu Mangsa Di Yan Dan Merbok

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO dan Sukarelawan Skuad Sabil di seluruh Bahagian-bahagian Negeri Kedah sudah beberapa hari bertungkus-lumus membantu penduduk yang terkesan akibat banjir di Yan dan Merbok, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya misi bantuan tersebut diketuai oleh Ketua Pemuda Negeri Kedah Mohd Fadzil Zolkipli.

“Antara yang diberikan penumpuan termasuklah membekalkan barangan keperluan asas, membantu melakukan pembersihan kepada penduduk yang terkesan dengan peristiwa banjir lumpur ‘kepala air’ yang telah menjejaskan lebih 1200 keluarga dalam Parlimen Jerai dan 500 keluarga di Merbok.

“Pergerakan Pemuda UMNO Kedah juga menghantar jentolak dan traktor bagi membantu kerja-kerja pembersihan di sana. Syabas saya ucapkan kepada semua yang berkorban tenaga, wang ringgit dan keringat bagi membantu rakyat yang terkesan.

“Terima kasih juga kepada semua penyumbang termasuk Syarikat Ranhill yang menyalurkan sumbangan kepada kami untuk menggerakkan bantuan-bantuan keperluan asas termasuk penyediaan Kontena Rawatan Air Bergerak.

Semoga dengan usaha ini dapat membantu penduduk-penduduk yang terkesan akibat bencana banjir ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pagi tadi, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan sukarelawan diperlukan bagi membersihkan kawasan yang terjejas.

Beliau juga turut mengalu-alukan bantuan kewangan yang boleh disalurkan ke Pertubuhan Kebangsaan Melayu (Baru) atau UMNO Bahagian Jerai, nombor akaun 8006 3628 80 (CIMB) untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana alam ini. – UMNO Online

Recent Posts

Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan – Halimah

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan…

1 min lalu ago

Mesyuarat UMNO Medan Perbincangan Terbaik… Platform Tumpu Agenda Parti – Raimi

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimi Unggi melihat mesyuarat UMNO…

11 min lalu ago