Categories: Berita Utama

Banjir Di Kedah: Ahmad Zahid Berdoa Semoga Ujian Segera Berakhir, Syabas UMNO Kedah Pantas Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Terkesan dengan kejadian banjir di kawasan berhampiran Gunung Jerai di Yan, Kedah, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdoa semoga ujian Allah SWT di Jerai dan kawasan sekitarnya dapat diangkat ditamatkan segera.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengucapkan syabas kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom atas tindakan pantas pihaknya menghulurkan bantuan.

Di dalam platform media sosial yang sama, Jamil Khir selaku Ketua UMNO Bahagian Jerai juga berharap semua mangsa yang terlibat agar tabah menghadapi ujian dan dugaan yang amat berat itu.

“Saya berasa amat sedih sekali melihat penduduk yang ditimpa ujian banjir ini. Melihat keadaan sebegitu, perasaan sedih turut dirasakan. Diharapkan mereka semua tabah menghadapi ujian dan dugaan berat ini.

“Insya-Allah saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan seluruh UMNO Negeri Kedah akan turun ke tempat kejadian bagi membantu penduduk yang terjejas. Mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan, amin,” ujarnya yang berkesempatan menziarahi lokasi kejadian.

Dalam ruangan komen di statusnya itu, Jamil Khir juga berdoa agar dipermudahkan semua urusan kita di dalam membuat kebajikan.

“Di hari yang baik ini sama-sama kita pohon doa agar permudahkan urusan kita serta meringankan langkah kita dalam kebaikan,” serunya lagi.

Pagi tadi, Jamil Khir melancarkan misi bantuan di Pejabat Bahagian UMNO Jerai dengan kerjasama daripada beberapa pihak untuk turun membantu proses pembersihan dan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir.

Turut hadir Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob dan kepimpinan negeri dan bahagian.

Juga diterima pagi tadi, sumbangan bantuan 4,000 buah kotak air minuman, barang keperluan asas dan pelitup muka daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan Ranhill Utilities Berhad serta kontena rawatan air mudah alih yang akan ditempatkan di lokasi yang terjejas bagi memproses segera air bersih dari sumber terdekat.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika melancarkan misi bantuan itu di Lobi Menara Dato’ Onn di sini berkata sebanyak sebelas buah kenderaan dari Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja akan bergerak ke Kedah bagi membawa barangan tersebut dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, diwakili Ketua Pemuda Negeri Mohd Fadzil Zolkifli untuk menerima dan mengagihkan bantuan.

Selain daripada misi bantuan dari UMNO Bahagian Jerai itu sendiri, pihak lain juga tampil menghulurkan bantuan antaranya seperti Skuad Sayang 3K Wanita Kedah yang diketuai Pesuruhjaya Komandan negeri Datuk Sharifah Maznah dan Komandan negeri Datuk Khalidah bersama ahli-ahli skuadnya turut turun padang hari ini membantu membersihkan kawasan bencana banjir lumpur di Yan Kedah.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO negeri dan bahagian antaranya seperti Pokok Sena, Pendang dan Alor Setar sama-sama membantu penduduk terlibat dengan membersihkan rumah.

Dilaporkan, dalam kejadian jam 5 petang Rabu, antara lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. – UMNO ONLINE

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

4 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

4 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

6 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

8 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago