Categories: Berita Lain

32.9 Peratus Daripada Populasi Negara Lengkap Dua Dos Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Sebanyak 32.9 peratus atau 10,734,415 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 17,076,440 orang atau 52.3 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,810,855 dos.

Dengan ini, sebanyak 72.9 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama, manakala 45.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 415,875 dos semalam dengan 143,671 adalah dos pertama manakala 272,204 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.- BERNAMA

Recent Posts

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan…

3 jam lalu ago

Undi18: Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Dis

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah…

5 jam lalu ago