Categories: Berita Utama

UMNO Jerantut Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin, Didakwa Buat Tawaran Berbentuk Rasuah

JERANTUT, 14 Ogos – UMNO Bahagian Jerantut hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa membuat tawaran-tawaran berbentuk rasuah kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkannya kekal sebagai Perdana Menteri.

“Laporan polis itu turut menyebut Perdana Menteri yang sebelum ini pernah menuduh Presiden UMNO sebagai cuba membentuk jajaran baru, sebaliknya kini Perdana Menteri sendiri yang cuba menubuhkan jajaran berkenaan.”

Laporan polis itu dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut Datuk Zukarmi Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Dawrah Jerantut di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Fasal Jamlus dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Faezah Ishak.

Dilaporkan, Muhyiddin di dalam perutusan khasnya petang semalam telah membuat beberapa tawaran dan janji bagi menyelamatkan kerusinya yang kini telah hilang majoriti antaranya seperti kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN bagi luluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberi saraan, kemudahan setara Menteri Kanan dan peruntukan tahunan Ahli Parlimen yang sama tanpa mengira parti sekiranya usul percaya tersebut diluluskan. – UMNO ONLINE

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

52 min lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

7 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

9 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

9 jam lalu ago