Categories: Berita Utama

Pembatalan Ordinan Darurat Bukan Sekadar Akademik – Shahril

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata kenyataan Perdana Menteri hari ini jelas menunjukkan beliau mengakui bahawa pembatalan Ordinan-ordinan Darurat tidak berlaku pada 21 Julai, malah tidak pun berlaku sekarang dan ini bermaksud, enam ordinan (dan semua ordinan lain) masih lagi terpakai di Malaysia sehinggalah ia dibatalkan di Parlimen.

Menurut beliau ini bercanggah secara langsung dengan penjelasan Menteri Undang-undang dan kenyataan empat muka surat kononnya pembatalan ordinan darurat sudah berlangsung tanpa perlu dibahaskan.

“Tafsiran undang-undang mesra kepada suatu pihak tentunya akan mengatakan bahawa hujah itu “valid” sebelum tamatnya darurat dan tidak lagi sekarang. Tetapi sepatutnya perkara ini diselesaikan awal, sebelum 1 Ogos – selari dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang jelas mahu ordinan dibahaskan. Namun, sehingga hari ini tidak ada sedikit pun rasa kesal atau bersalah, jauh sekali mahu mengambil tanggungjawab atas kekeliruan yang timbul mahupun krisis Perlembagaan yang melanda negara.

“Apapun, kini pada tarikh 3 Ogos, Perlembagaan 150(7) memperuntukkan ordinan darurat terpakai selama enam bulan dari tarikh tamatnya proklamasi darurat melainkan ia dibatalkan terlebih dahulu di Parlimen.

“Jadi sekarang ini bukan sekadar perkara “akademik”. Kini dengan kenyataan terbaru PMO, jika ordinan-ordinan tidak dibatalkan pada bulan September nanti, maka pembentangan dan undian meluluskan Belanjawan 2022 yang dijadualkan Oktober/November juga tak mustahil dikesampingkan. Kekhuatiran sama pernah saya bangkitkan pada bulan Jun,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan melalui Facebook.

Tambah Shahril lagi kenyataan PMO tadi ada menyebut Jemaah Menteri akan memperhalusi perancangan mengemukakan usul bagi “membahas dan seterusnya mengungkai ordinan-ordinan darurat” akan berlangsung pada bulan September.

Tegasnya kpomitmen Perdana Menteri dan Kabinet mestilah dizahirkan dengan menyebut jelas bahawa Kerajaan berniat sepenuhnya untuk membatalkan ordinan darurat segera serta menjamin Kerajaan bersedia menghadapi undian-undian termasuklah Belanjawan 2022.

“Undian-undian di Parlimen terutamanya RUU berkenaan kewangan adalah medan membuktikan keyakinan Dewan terhadap Perdana Menteri. Sebarang perancangan atau skema tidak seharusnya lari dari hakikat demokratik itu,” tambahnya.- UMNO Online

 

Recent Posts

Ingat Kembali Apa Berlaku Lepas PRU-14… Yakin Hanya UMNO Berjuang Demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 24 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar ahli-ahli…

6 jam lalu ago

Keluarga Malaysia Bukan Retorik – Ismail Sabri

KUCHING, 23 Okt - Idea “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata,…

14 jam lalu ago

PRN Melaka Bakal Menentukan Kerjasama Politik PRU Akan Datang – Adnan Seman

Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN Melaka) 1. PRN Melaka pada 20 November ini nampak gayanya…

15 jam lalu ago

PM Tidak Mahu Amalan Lantik Kontraktor Penyelamat Terus Berlaku

KUCHING, 23 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mahu amalan melantik…

16 jam lalu ago