Categories: Berita Utama

Membelakangi Fungsi Dan Kuasa Agong: PM, AG Dan Menteri JPM Mesti Bertanggungjawab – Norliza

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita berhubung kenyataan pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum diperkenan.

Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hendaklah bertanggungjawab di atas kerosakan yang diterjemahkan secara salah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat Malaysia sudah tidak mampu mendengar maklumat yang mengelirukan terarah kepada kemusnahan kepercayaan dan harapan tinggi yang diberikan, apatah lagi keadaan negara yang masih gundah-gelana.

“Sewajibnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneruskan misi keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang lebih diyakini dengan membentangkan pelan pemulihan ekonomi lebih jelas, bantuan rakyat lebih adil serta kejujuran kepimpinan lebih telus,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada hemat beliau juga, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Baginda.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Seri Paduka turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada Isnin telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen.

Ahmad Fadil berkata Al Sultan Abdullah turut menegaskan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. – UMNO ONLINE

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

14 min lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

23 min lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

26 min lalu ago