Kerajaan Langgar Prinsip Kedaulatan Undang-undang, Ahli Parlimen UMNO Perlu Tarik Sokongan Ke Atas PM

IPOH, 29 Julai – Penerangan UMNO Negeri Perak ingin menzahirkan rasa amat kesal dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang telah melanggar prinsip kedaulatan undang-undang dengan membelakangi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara berkenaan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat.

Kata Ketuanya, Datuk Mohd Zolkafly Harun, sebagai sebuah institusi politik yang berteraskan agama Islam dan bangsa Melayu, UMNO sentiasa akan memperjuang dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dengan membela institusi Raja-Raja Melayu.

“Penerangan UMNO Negeri Perak dengan ini menyatakan sokongan penuh kepada pendirian Presiden UMNO melalui kenyataan rasminya bahawa Perdana Menteri Tan Sri Datuk Haji Mahiaddin Haji Md Yasin dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan wajar meletak jawatan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang itu lagi, ahli-Ahli UMNO di Perak perlulah bersatu hati dengan memberi sokongan penuh terhadap pendirian Presiden UMNO bahawa tindakan kerajaan itu merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Petuan Agong dan UMNO tidak boleh sama sekali bersekongkol dalam penderhakaan ini.

“Saya juga menyarankan kepada semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO agar dapat melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 7 Julai yang lalu dengan menarik sokongan ke atas Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Tambah Zolkafly lagi, Penerangan UMNO Negeri Perak juga ingin menegaskan bahawa institusi Presiden UMNO perlulah dihormati dan nasihat serta saranan dari Presiden UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah wajar diterjemahkan oleh semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO tanpa syak wasangka.

“Berpegang kepada Fasal 3 Perlembagaan UMNO iaitu akan sentiasa memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu, UMNO akan sentiasa mempertahan dan menjunjung tinggi kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Petuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

1 jam lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

1 jam lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

1 jam lalu ago