Categories: Berita Utama

Bencana Berganda Jika Kerajaan Gagal Tangani Isu Ekonomi Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – “Bencana berganda jika kerajaan gagal untuk tangani masalah ekonomi rakyat,” demikian luahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi ciapan di Twitternya, beliau berkata hampir kesemua sektor negara terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Hampir semua peruncit tempatan terjejas tentunya sektor lain juga seperti pelancongan, pembinaan, penerbangan, pengangkutan, perkhidmatan dan lain-lain.

“Tindakan polisi fiskal, ekonomi mikro dan makro mesti ditingkatkan segera,” jelas beliau.

Sementara itu, menerusi ciapan yang berbeza Ahli Parlimen Pontian itu juga meluahkan kebimbangan ekoran nilai Ringgit yang terjejas.

Katanya, keadaan ini berkait rapat dengan sektor ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Oleh kerana sempadan negara ditutup, tiada faedah untuk sektor pelancongan. Barangan import jadi lebih mahal.

“Terbaik jika Ringgit kembali stabil, negara mesti lebih berdikari dan kurangkan import terutama makanan,” ujar beliau. – UMNO Online

Recent Posts

Ingat Kembali Apa Berlaku Lepas PRU-14… Yakin Hanya UMNO Berjuang Demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 24 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar ahli-ahli…

6 jam lalu ago

Keluarga Malaysia Bukan Retorik – Ismail Sabri

KUCHING, 23 Okt - Idea “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata,…

15 jam lalu ago

PRN Melaka Bakal Menentukan Kerjasama Politik PRU Akan Datang – Adnan Seman

Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN Melaka) 1. PRN Melaka pada 20 November ini nampak gayanya…

15 jam lalu ago