Categories: Berita Utama

Pemuda UMNO Tegaskan Tabung Haji Tidak Wajar Diletak Sama Taraf Dengan Bank-Bank

KUALA LUMPUR, 16 Julai – “Kerajaan jangan sama sekali terburu-buru melakukan perubahan terhadap Tabung Haji (TH) kerana sebarang tindakan yang dilihat memberikan kerugian kepada pendeposit akan menyebabkan ‘backlash’ daripada umat Islam dan merosakkan imej Kerajaan secara keseluruhan!”

Demikian tegas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berhubung kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) berkenaan TH pada petang semalam.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar sebarang usaha pindaan atau cadangan melibatkan TH ini mestilah dinilai secara bersama dengan pemegang-pemegang taruh yang lain terutama NGO dan wakil-wakil rakyat.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sudah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri mengenainya dan akan terus memantau dengan dekat perkembangan isu ini bagi memastikan kepentingan umat Islam dan kemurnian falsafah kewujudan TH terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya, walaupun ketiadaan jaminan itu akan membolehkan Kerajaan mengurangkan liabiliti kewangan negara, tetapi ia akan memberikan ‘disadvantage’ kepada TH danTH kehilangan satu tarikan utama bagi pendeposit kerana kedudukannya sudah sama taraf denga bank-bank biasa yang lain.

Terdahulu, beliau menjelaskan bahawa Pemuda UMNO meminta penjelasan lanjut berhubung dengan dua perancangan yang sedang dibuat oleh MOF iaitu:

PERTAMA, meletakkan TH sebagai sebuah institusi kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Tindakan ini boleh meletakkan beberapa risiko ke atas kedudukan TH sendiri seperti berikut:

i. BNM adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Apa yang akan berlaku sekiranya TH tertakluk di bawah BNM dan Menteri Kewangan pada ketika itu tidak memahami maqasid kewujudan TH seperti mana yang telah berlaku sebelum ini?

ii. Meletakkan TH di bawah BNM akan memberikan kesan kepada jaminan simpanan pendeposit. Hari ini, simpanan pendeposit TH dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan. Berbeza dengan simpanan bank yang hanya diberi jaminan maksimum RM250 ribu sahaja. Malah isu semakan ketetapan jaminan ini pernah dibincang antara Menteri Kewangan dan Menteri Agama pada awal tahun ini.

iii. Meletakkan TH di bawah BNM akan menyebabkan polisi-polisi TH perlu diluluskan terlebih dahulu oleh BNM sebelum dilaksanakan. Contohnya penambahan subsidi haji.

KEDUA, tindakan menilai semula model operasi TH dan semakan Akta TH 1995. Kami tidak begitu faham atas tujuan apa Akta ini perlu disemak semula. Sekiranya yang mahu disemak adalah ketetapan jaminan Kerajaan (sepertimana status FB Menteri Agama), maka ia akan merugikan umat Islam dan TH. – UMNO Online

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

40 min lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

49 min lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

52 min lalu ago