Categories: Berita Lain

291,217 Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Diberi Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231).

Menurut Dr Adham setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676. – BERNAMA

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

20 min lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

29 min lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

32 min lalu ago