Sokong Pendirian MKT, Ketegasan Prinsip Perjuangan Demi Raja Berperlembagaan – Pemuda UMNO Terengganu

KUALA LUMPUR, 9  Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah bermesyuarat baru-baru ini.

Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata keputusan ini juga menggambarkan ketegasan prinsip perjuangan parti yang mendokong raja berperlembagaan, menggendong aspirasi rakyat dan bersedia memikul tanggungjawab demi perubahan negara yang lebih baik.

“Pemuda UMNO Terengganu juga berpendapat, kegagalan  Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam menangani isu negara terkini, adalah kerana tiada dorongan iltizam politik yang tidak jujur Bersatu terutama dalam memahami semangat sepasukan dan tidak merasai nadi rakyat yang sebenar.

“Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar tujuh initipati Mesyuarat MKT 0707, dijadikan panduan segera untuk  parti-parti di dalam ‘PN fragile coalition’ turut membuat keputusan dan pendirian bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, mesyuarat MKT telah memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada tujuh kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin  ditarik balik dan ditamatkan serta-merta.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.