Categories: Berita Utama

Kenapa Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara Tidak Mahu Dibahaskan?

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sudah terang lagi bersuluh bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mahukan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen sebagaimana kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini.

Namun menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, timbul persoalan kenapa masih juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu berdalih dengan menyatakan bahawa PPN hanya dalam bentuk penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen.

“Kalau bentuk penerangan tak perlu susah-susah buat di Parlimen yang penuh ranjau dan duri untuk dibuka, sekadar di TV pun boleh macam biasa atau di dewan sekolah yang sebelum ini lebih mudah dibuka.

“Sudah tentu Parlimen adalah medan untuk perbahasan dan kemudian disusuli dengan proses pengunduan untuk mendapat kelulusan secara demokratik dibuat.

“Apatah lagi perkara sebesar Pelan Pemulihan Negara menangani COVID-19 yang terlalu banyak perkara yang membelenggui dan mencetuskan keresahan rakyat termasuk isu-isu kebajikan, program vaksinasi, SOP (prosedur operasi standard), PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) separa masak dan sebagainya yang wajar diangkat dan dibahas secara tuntas oleh Ahli-ahli Parlimen,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Demikian juga tambahnya perihal Ordinan-ordinan Darurat yang juga dititahkan untuk dibahaskan oleh Tuanku.

“Sudah tentu rakyat juga mahukan suara mereka yang merasai terbeban ataupun teraniaya dalam isu kompaun umpamanya diangkat dan dibahaskan bagi diputuskan sama ada wajar ordinan tersebut diluluskan ataupun tidak.

“Rakyat juga berhak mendengar perbahasan yang sifatnya akan wujud proses ‘semak dan imbang’ mengenai kewajaran Ordinan Darurat ini diteruskan ataupun sebaliknya,” tegasnya.

Justeru katanya, Pemuda UMNO merasakan semacam ada satu usaha untuk memandulkan peranan Parlimen sebagai institusi terpenting dalam sistem demokrasi negara sehingga begitu banyak halangan termasuk untuk bersidang.

“Sehinggakan Tuanku Agong terpaksa mengeluarkan kenyataan demi kenyataan termasuklah memanggil sendiri kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mengadap bagi menzahirkan hasrat secara lebih jelas setelah dipolemikkan kerajaan istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’.

“Dengan kenyataan terbaru Pejabat Perdana Menteri ini sekali lagi akan menimbulkan persoalan besar, apakah kerajaan hari ini melakukan satu bentuk penderhakaan? Soalnya. – UMNO ONLINE

Recent Posts

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

3 min lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

6 min lalu ago