BAGAN DATUK 2 Julai–Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan kerjasama Pejabat Dun Hutan Melintang dan Dun Rungkup menyumbangkan barangan makanan mentah dan kering kepada warga Bagan Datuk bagi meneruskan usaha membantu rakyat yang dilanda kesusahan semasa tempoh sekatan ‘lock-down’ PKP 3.0.