Categories: Berita Lain

Warga Kuala Langat Disasar ‘Herd Immunity’ Menjelang Disember

BANTING, 25 Jun – Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Daerah Kuala Langat, Dr Siti Sabariah Samian memaklumkan bahawa pihak berwajib mensasarkan 80 peratus warga Kuala Langat bakal terima vaksinasi menjelang Disember tahun ini.

Bermula hanya sekitar 200 penerima vaksinasi sehari pada awal penubuhan PPV bertempat di Pusat Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Banting, Siti Sabariah menyatakan pusat itu kini menerima hampir 2,000 penerima vaksin sehari.

Ini katanya menjadikan jumlah penerimanya kini mencecah 30 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk Kuala Langat mengikut data terkumpul.

Siti Sabariah menjelaskan bahawa usaha sedang giat dilakukan oleh Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim selaku pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Daerah Kuala Langat untuk bekerjasama dengan pihak Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra untuk membuka sebuah lagi PPV di daerah tersebut.

Katanya ini bagi membolehkan warga Kuala Langat mencapai sasaran awal 80 peratus seterusnya capai status imuniti kelompok atau ‘herd immunity’ iaitu sekitar Oktober atau November.

Taklimat ringkas diberikan oleh Siti Sabariah kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Shahril Hamdan yang turun padang melawat PPV tersebut petang tadi.

Terdahulu, Shahril yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyampaikan sumbangan pek makanan ringan kepada lebih 300 penerima vaksin di PPV tersebut.

Zurihan menzahirkan ucapan terima kasih kepada hampir 150 petugas harian di PPV tersebut serta memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama jika diperlukan terutama dalam menyediakan tenaga sukarelawan bagi kelinciran proses vaksinasi kepada warga penduduk.

Untuk rekod, Kuala Langat adalah antara kawasan yang mencatatkan kes tinggi COVID-19 dalam negeri Selangor.

Recent Posts

Pemulihan PMKS Fokus Pada Memanfaatkan Inovasi, Penerapan Prinsip Kelestarian – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan memberi dua…

24 min lalu ago

Belajarlah Hormati UMNO, Kata Dr Shamsul Kepada KP Pas

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah…

2 jam lalu ago

Parlimen: Isu Kenaikan Harga Barang Dibangkitkan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Isu berkaitan kenaikan harga barang keperluan asas yang dialami rakyat…

3 jam lalu ago

Struktur Parti Teratur Bolehkan UMNO Terus Bertahan, Berdepan Cabaran – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Struktur organisasi UMNO pelbagai peringkat terserlah saban tahun apabila masing-masing…

8 jam lalu ago