Naratif UMNO Lebih Pentingkan Politik Ketika Pandemik Tersasar – Shahrir

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ada juga yang cuba membawa naratif kononnya UMNO lebih mementingkan politik dari rakyat semasa wabak COVID-19 melanda negara.

Sebenarnya, bagi UMNO, daripada dulu lagi, politik itu ialah politik rakyat. Begitu juga, ekonomi itu ialah ekonomi rakyat, demikian menurut Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Menerusi Facebooknya, beliau secara sinis mengajak mereka yang membuat naratif berkenaan untuk.melihat secara dekat apa yang telah dilaksanakan UMNO seluruh negara termasuklah di Johor Bahru sendiri.

Beliau seterusnya menjelaskan sepanjang masa wabak COVID-19, pemimpin dan ahli UMNO di peringkat komuniti mengerakkan berbagai usaha dipelbagai peringkat.

“Antaranya penyampaian bantuan kepada yang terkesan, membantu pendaftaran mySejahtera bagi yang tidak faham, dan menyediakan pengangkutan ke pusat vaksinasi untuk mereka yang tidak ada kenderaan sendiri,” katanya.

Tegas beliau inilah kewajipan kerana UMNO berada di akar umbi dan di tengah-tengah masyarakat.

“Takkanlah kita nak berpaling pula dari mereka yang benar-benar perlukan pertolongan.Kami bukan UMNO kalau tidak membantu.

“Gambar-gambar yang disertakan adalah bagi kegiatan di parlimen Johor Bahru sahaja. Lagi banyak kegiatan yang sama oleh bahagian-bahagian UMNO yang lain di kawasan parlimen masing-masing.

“Jadi, bila nak mengata UMNO, tengok-tengok juga akan akar umbi parti yang sentiasa bersama masyarakat setempat,” tambahnya.- UMNO Online

 

Recent Posts

Mengapa Ahli Parlimen PH Minta Menteri Ketepikan Prosedur Data Dan Sains?

Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit - eloklah akur kepada…

8 jam lalu ago

UMNO Bukan Hanya Tahu Kritik… Banyak Cadangan Diberi Demi Rakyat, Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan…

8 jam lalu ago

34 Lokaliti Di Lima Negeri Dikenakan PKPD Mulai Khamis Ini – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34…

10 jam lalu ago

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap Pegawai Kesihatan Terlibat Hartal – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau…

10 jam lalu ago

Jangan Cemuh Liu Ying-Peng Soon – Reezal Merican

TOKYO, 27 Julai - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kecewa…

11 jam lalu ago

Mungkin Ada Sebab UMNO Tidak Dimaklum Pembatalan Ordinan Darurat – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki…

11 jam lalu ago

'Sambung Yang Tergendala'