PARIT SULONG 15 Jun–Menteri Pengajian Tingggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meninjau dengan lebih dekat program rintis Mobile Vaccination Programme (MVP) di Parit Sulong yang diadakan selama dua hari. Program kerjasama antara Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin di sini hari ini.