Categories: Berita Utama

Ahmad Maslan Cadang Beberapa Pendekatan Baiki Negara

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan cadangan agar negara ini dibaiki dengan beberapa pendekatan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata antara cadangan tersebut ialah memastikan pekerjaan bergaji tinggi cukup untuk anak muda berpendidika serta berkemahiran tinggi.

“Seterusnya bantu terus rakyat daripada kumpulan B40, M40 samaada di kota mahu pun di desa,” katanya.

Kata beliau lagi moratorium dan juga bantuan lanjut untuk PKS mahu pun IKS perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pelaburan baru perlu kerajaan yang stabil dan bukan kejaan darurat,” ujarnya. – UMNO Online