MELAKA, 19 April — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian warga emas yang selesai mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali hari ini.
Sebanyak 29 PPV akan dibuka di negeri itu secara berperingkat bagi melancarkan pemberian vaksin dikalangan rakyat bagi fasa kedua dan daripada jumlah itu, tiga PPV telah dibuka serentak bermula hari ini.