Pengagihan Bantuan Ringankan Beban
PEKAN 14 hb April– EXCO Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar, Pekan Datuk Fakhruddin Ariff turun padang untuk bersama-sama membantu Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Haji Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali menyampaikan bantuan makanan sumbangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 1287 Ketua Isi Rumah yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Peramu Jaya Pekan hari ini meliputi lima kawasan perumahan dan perkampungan iaitu Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Taman Sepekan Makmur, Kampung Pulau Serai dan Perkampungan Peramu Jaya 3 .- Sumber FB : Fakhruddin Ariff