PAU 2020 Angkat Suara Akar Umbi, Jadi Hala Tuju Parti Menuju PRU-15 – Musliati

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini amat penting jika ianya terakhir sebelum melangkah ke medan pertempuran paling sengit iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke15, kata Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin.

Ulasnya, keputusan di dalam perhimpunan agung ini amat penting bagi UMNO sebelum memasuki ke fasa PRU.

“Perhimpunan Agung UMNO 2020 boleh dikatakan sebagai yang amat penting bagi setiap perwakilan dan ahli UMNO kerana perhimpunan agung ini dilihat sebagai yang terakhir sebelum PRU yang dijangka berlaku dalam tahun ini.

“Wajib untuk kita menjadikan perhimpunan agung  ini sebagai mengangkat suara-suara akar umbi. Apa jua keputusan di dalam perhimpunan agung haruslah menjadi hala tuju UMNO selepas ini kerana ia menjadi tempat suara majoriti ahli UMNO menyatakan keinginan mereka,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah beliau lagi, perhimpunan agung ini harus dilihat sebagai menyatukan UMNO bukannya seperti pertelagahan pemimpin-pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini.

“Saya menyeru agar perwakilan berbahas tentang cara memperkukuhkan UMNO yang kini bukan saja berdepan dengan cabaran dari luar malahan dari dalam UMNO itu sendiri. Akar umbi tidak senang dengan situasi pertelagahan pemimpin UMNO hari ini.

“Pemimpin UMNO harus menggunakan perhimpunan agung  ini untuk menyatukan UMNO semula demi menjamin kekuatan kita berdepan dengan PRU kelak,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Recent Posts

Ingat Kembali Apa Berlaku Lepas PRU-14… Yakin Hanya UMNO Berjuang Demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 24 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar ahli-ahli…

7 jam lalu ago

Keluarga Malaysia Bukan Retorik – Ismail Sabri

KUCHING, 23 Okt - Idea “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata,…

15 jam lalu ago