PAU 2020 Wadah Pastikan UMNO Terus Relevan, Dominan – Zahida

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2020 yang bakal diadakan hujung minggu ini adalah wadah bagi memastikan UMNO terus relevan dan dominan kembali.

Katanya, UMNO adalah parti keramat yang amat besar jasanya pada agama, bangsa dan negara.

“Pertamanya saya panjatkan rasa syukur kerana akhirnya kita dapat jalankan perhimpunan tahunan yang sebenarnya ini adalah Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2020 yang tertangguh akibat daripada PKP dan sebagainya.

“Sudah pastinya lebih tiga juta ahli UMNO merindukan suasana kemeriahan PAU, dan biasanya inilah peluang untuk mereka berasa lebih dekat dengan pucuk pimpinan parti.

“Namun kerana akur pada SOP ditetapkan, perhimpunan tahun ini dijalankan dalam norma baharu, walaupun begitu, saya berharap para perwakilan terus bersemangat tidak kira anda berada di PWTC mahupun bersidang secara maya,” katanya dalam kenyataan sempena PAU 2020, hari ini.

Selaras itu, katanya, kepada wakil-wakil pembahas diharap gunakanlah peluang ini untuk sama-sama mencari kekuatan dan kaedah terbaik bagi mengukuhkan lagi jentera parti untuk menghadapi pilihanraya ke 15 nanti.

“Selamat bersidang saya ucapkan. Hidup UMNO, Dulu, kini dan selamanya,” katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit