Persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2020 bakal diadakan pada 27 dan 28 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad) setelah beberapa kali tertangguh ekoran pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Ibu Pejabat UMNO sedang rancak melaksanakan persiapan biarpun kali ini persidangan bukanlah berlangsung sebagaimana kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya kerana akan dilaksana secara bersemuka dan juga secara maya.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan telah melakukan tinjauandengan turut mengiringi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Ismail A dan B serta Bilik Labuan.

Hal tersebut dilaksana bagi memastikan perjalanan sepanjang persidangan yang akan berlangsung selama dua hari itu lancar.

Persiapan Perhimpunan Agung UMNO kali ini menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 serta bagi mematuhi saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Jan lalu ditangguhkan susulan perisytiharan darurat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit