Ketetapan UMNO, Sewajarnya Tiada Lagi Pertikaian Berkenaan Hala Tuju Politik Parti – Shahril

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menekankan sewajarnya tiada lagi pertikaian berkenaan hala tuju politik UMNO.

Katanya, UMNO ditanya, UMNO berbincang dan akhirnya membuat ketetapan dua perkara.

Shahril berkata demikian merujuk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 dan UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

“Sekarang ini terserah kepada kepimpinan dan warga UMNO keseluruhannya untuk menjayakan keputusan tersebut – dengan berusaha memastikan UMNO berada atas landasan kukuh untuk meyakinkan bukan hanya ahli tetapi rakyat keseluruhannya bahawa parti ini adalah pilihan terbaik mendepani masa depan negara pasca PRU15. Kerana akhirnya, dengan izin Allah, rakyat jua yang akan menentukan nasib semua parti politik di peti undi kelak,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut, hari ini.

Ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sebelum PRU-15, UMNO serta wakil-wakilnya dalam badan Eksekutif bersedia meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional dan memainkan peranan masing-masing, demi kemaslahatan rakyat.

“Dalam konteks politik matang, tentunya UMNO akan menghormati keputusan parti lain sepertimana mereka juga perlu menghormati ketetapan UMNO,” tegasnya lagi.

Terdahulu, hari ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan keputusan Mesyuarat MKT telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Presiden PPBM bagi menyatakan keputusan sebagaimana yang diminta, sepertimana berikut:

i. Tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15.
ii. UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Hal tersebut susulan daripada satu perjumpaan khas antara UMNO, PPBM dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti yang telah diadakan pada 15 Februari 2021.

Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan PPBM sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15. – UMNO Online

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

1 jam lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

8 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

9 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

9 jam lalu ago