MELAKA 25 Feb–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyaksikan tiga Majlis Menandatangani Perjanjian iaitu Usahasama antara Kerajaan Negeri Melaka dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM); Perjanjian di antara anak syarikat PKNM iaitu PM Multilink Sdn. Bhd. dan syarikat swasta AWH Marine Sdn. Bhd di dalam syarikat usahasama My Marine Park Sdn. Bhd dan akhir sekali, perjanjian di antara PKNM dan Syarikat HLRB Processing Sdn. Bhd yang berlangsung di Bilik Mesyuarat MMKN, di sini hari ini.