KUALA LUMPUR, 13 Feb – Setiausaha Akhbar Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Puan Azlina Rosdy membuat laporan polis berhubung klip video lama yang baru-baru ini tular di media sosial dan telah diolah serta dimainkan semula untuk tujuan berniat jahat, fitnah dan mengelirukan rakyat. Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.