Kerajaan Didesak Manfaatkan Ordinan Darurat, Arah Bank Lanjutkan Moratorium Tanpa Caj Tambahan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan agar memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 sebagaimana yang telah dimasyhurkan untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan tertentu tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.

“Apa guna Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat?

“Apa guna Ordinan Darurat jika pihak-pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ini kerana katanya, pihaknya menerima terlalu banyak aduan dan maklum balas orang ramai yang mengadu bank-bank dan institusi kewangan tetap mengenakan caj tambahan, keuntungan terakru ke atas bayaran ansuran setelah moratorium diberikan.

“Di mana jaminan Menteri Kewangan pada bulan 5 lepas yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiada caj tambahan dikenakan setelah berunding dengan industri bank? Tanyanya lagi.

Malah tambahnya lagi, banyak juga aduan yang menzahirkan bahawa moratorium yang ditawarkan oleh bank-bank kali ini bukanlah penangguhan pembayaran balik tanpa caj tambahan, tetapi seolah-olah seperti penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman (restructuring atau refinancing) di mana tempoh bayaran balik dipanjangkan dengan kadar pembiayaan yang lebih tinggi dikenakan.

“Ini bagaikan mengampil kesempatan dalam kesempitan rakyat!

“Adakah anda bersetuju? Atau apakah anda juga hadapi isu yang sama? Soalnya kepada pengguna media sosial di dalam statusnya itu. – UMNO ONLINE

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago