Categories: Berita Utama

Pelaburan Asing Sebanyak RM109 Bilion… Projek Apa Dan Di Manakah Ia? Soal Zahida

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata baru-baru ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa pelaburan asing pada tahun 2020 adalah RM109 billion.

Ulas Zahida yang teruja dengan angka tersebut membuktikan seolah-olah Malaysia hampir tidak terjejas oleh pandemik COVID-19 tetapi timbul persoalan apakah pelaburan-pelaburan yang masuk ke negara.

Katanya, ini terjawab apabila The Malay Mail semalam melaporkan bahawa seluruh dunia terjejas dengan pandemik COVID-19 ini.

“Secara rata, pelaburan asing menurun di hampir seluruh negara di dunia. United Nations Investment Trend Monitor (UNCTAD) melaporkan Malaysia terjejas teruk di dalam menarik pelabur-pelabur asing di kalangan negara-negara ASEAN.

“Pelaburan Asing hanya bersetuju melabur RM10.1 billion pada tahun 2020 ataupun jatuh 68% lebih rendah berbanding 2019 dan ianya yang paling teruk di kalangan Negara ASEAN!

“Di manakah pelaburan asing sebanyak RM109 bilion itu. Projek apa dan di manakah ia? Janganlah rakyat digula-gulakan dengan berita palsu begini. Umpama pesakit kanser diberitakan hanya demam biasa saja dan akan sembuh,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Zahida lagi, adalah dijangkakan, pelaburan-pelaburan asing akan kembali beransur pulih 2021 dan kerajaan perlu pastikan negara tidak akan ketinggalan lagi.

“Bersediakah kita? Saya ingin mengingatkan kerajaan janganlah kita ketinggalan lagi. Keputusan pelabur memilih negara-negara lain, tidak akan kembali lagi.

“Pada masa ini rakyat sangat perlukan manfaat daripada pelaburan-pelaburan asing kerana dengannya peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan, kuasa membeli juga akan meningkat.

“Malaysia pernah menjadi destinasi utama pelabur-pelabur asing, tapi lihatlah sekarang anda semua dapat menjangkakan apa yang akan terjadi seterusnya,” katanya lagi.

Pada 8 Jan lalu, Tengku Zafrul menulis catatan di laman sosial Linkedin mengenai pelaburan asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) Malaysia berjumlah RM109.8 bilion melibatkan hampir 3,000 projek dalam pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama untuk sembilan bulan pertama tahun 2020. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

40 min lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

7 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

9 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

9 jam lalu ago