Penggabungan EcoWorld, UEM Sunrise Batal: Pemuda UMNO Akan Terus Jadi Jurubicara Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 15 Jan – “Ternyata suara rakyat suara keramat! Biarlah apa orang nak kata, Pemuda UMNO akan terus menjadi jurubicara rakyat tanpa gusar, jauh sekali mengharapkan apa-apa imbuhan.”

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebook, sambil meninggalkan tanda pagar #PemudaJurubicaraRakyat dan #TradisiMembelaRakyat merujuk kepada laporan media mengenai pembatalan penggabungan antara syarikat hartanah UEM Sunrise dan EcoWorld.

Dalam statusnya itu, Dr Asyraf juga mengucapkan syabas kepada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang terawal mendesak dan berterusan memberi tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar menghentikan langkah penggabungan tersebut yang boleh menjejaskan kepentingan bumiputera.

Untuk rekod, pada Sept 2019, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendedahkan usaha kerajaan terdahulu Pakatan Harapan (PH) yang memulakan usaha penggabungan tersebut dan seterusnya pada Okt tahun lalu mereka sekali lagi mendesak kerajaan PN menghentikannya.

Usaha Pemuda UMNO itu ternyata mendapat reaksi positif di mana seorang pengamal media sosial yang menggelarkan diri sebagai Farid Harun berharap mereka terus memperjuangkan kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

“Alhamdulillah. Semoga UMNO terus perjuangkan keutamaan kebajikan rakyat dan kepentingan negara sampai bila-bila. Tahniah UMNO,” katanya.

Begitu juga bagi Anna Sue.

“Alhamdulillah… Syabas… Terbaik Pemuda UMNO.. Teruskan perjuangan.”

Manakala bagi Kassim Osman pula berharap agar Pemuda UMNO juga mengikuti rapat mengenai isu pindaan Akta Tabung Haji 1995.

“Tahniah Dato’ dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan…kini hala pula muncung senapang ke Tabung Haji…halang segala pindaan akta yang merugikan para pendeposit,” katanya. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.