UMNO Tidak Akan Membelakangi Titah Agong… Cabaran Ekonomi Mesti Ditangani

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Sharil Hamdan menegaskan bahawa tindakan UMNO tidak akan membelakangi malah sebaliknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mengamati kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang dapat dirumuskan empat poin utama.

“Tindakan UMNO tidak akan membelakangi malah sebalikya menjunjung titah SPB Yang di-Pertuan Agong. Menyedari senario darurat dan kuasa luas yang diperuntukkan, UMNO berharap ianya digunakan hanya untuk pengurusan COVID-19 sahaja,” katanya.

Jelasnya yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, memandangkan rasional permohonan darurat itu adalah untuk soal pengurusan pandemik, maka UMNO juga berharap negara boleh kembali ke sistem demokrasi seperti sediakala setelah matlamat pengisytiharan darurat itu tercapai.

“Dalam masa sama, cabaran ekonomi yang sedang dihadapi rakyat mesti ditangani dengan lebih baik oleh pihak Kerajaan,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.