PASIR SALAK, 7 Jan — Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menyampaikan sumbangan ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Chikus hari ini.
Skuad Sukarelawan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara telah dikerah untuk membantu mangsa banjir di negeri yang terjejas akibat bencana alam itu.