Categories: Berita Utama

HSR: Khaled Persoalkan Kenapa Projek Impak Tinggi Dipolitikkan, Cuba Diubah-ubah… Akhirnya Dibatalkan

JOHOR BAHRU, 5 Jan – Mengapakah projek ‘game changer’ yang sepatutnya memartabatkan ekonomi negara Malaysia dipolitikkan dan cuba diubah-ubah sehingga akhirnya dibatalkan, soal Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled memberi reaksi demikian mengenai keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang menghubungkan dua negara jiran itu.

“Adakah projek infrastruktur lain yang mendatangkan pelbagai limpahan faedah kepada rakyat Malaysia akan menanggung nasib yang serupa dalam tangan kerajaan Perikatan Nasional (PN)?” soalnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor, pembatalan HSR Kuala Lumpur-Singapura sememangnya mencerminkan beberapa kelemahan dari segi pentadbiran dan proses membuat keputusan kerajaan.

“Pertama, kerajaan Malaysia nampaknya tidak tahu apa yang sebenarnya ingin dimanfaatkan daripada kerjasama serantau dengan negara Singapura. Kerajaan Malaysia tidak dapat membuat keputusan yang tegas dan konsisten berhubung integrasi ekonomi rentas sempadan kedua-dua negara, malah memaparkan pendirian yang ‘flip flop’.

“Malaysia kini hilang peluang keemasan untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua bandar metropolis yang merupakan antara enjin ekonomi utama Asia Tenggara,” katanya.

Jelasnya juga, kerajaan PN jelas memaparkan komitmen dan kesungguhan yang sentiasa berubah-ubah dan saling bercanggahan, sama seperti kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Buktinya, Perdana Menteri pada bulan Jun 2020 telah mengumumkan strategi Malaysia untuk meneruskan projek mega seperti projek HSR dalam usaha merancakkan ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.

“Pendirian ini terus diutarakan dalam Ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) baru-baru ini mengulas bahawa situasi ekonomi yang terkesan akibat COVID-19 memaksa model pelaksanaan projek HSR dikaji semula.

“Akibat sikap tidak konsisten ini, projek HSR yang mendatangkan pelbagai manfaat ekonomi menjadi mangsa ketidakpastian,” bidasnya.

Begitu juga katanya lagi, kerajaan PN kurang memahami analisis kos-faedah jangka masa panjang projek HSR.

“Peningkatan kesalinghubungan antara Malaysia dan Singapura akan menghasilkan manfaat berlimpahan dari segi pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, persekitaran perniagaan, daya tarikan pelaburan serta lonjakan pelancongan yang melangkaui kos bagi infrastruktur tersebut.

“Selain pembangunan sosioekonomi di bandar sepanjang jajaran projek HSR, projek ini yang diilhamkan dalam Program Transformasi Ekonomi akan melonjakkan usaha merancakkan pertumbuhan Wilayah Selatan Negara, untuk transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Malah tambahnya, analisis simulasi penyelidik Institute of Developing Economies dari Jepun mendedahkan bahawa kesan ekonomi HSR untuk Malaysia dalam gabungan dasar terbaik adalah USD 1.589 bilion (RM 6.38 bilion) setiap tahun menjelang tahun 2030, hampir 2.5 kali ganda kesan ekonomi terhadap Singapura. – UMNO ONLINE

Recent Posts

Takut Bayang-Bayang Sendiri… Ada Pihak Cemas Kebangkitan BN – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan keputusan…

14 min lalu ago

RKMAT Bukit Jalil Kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari MINDEF

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT…

32 min lalu ago

KPT Hasilkan 50,000 Usahawan Sepanjang 2020 – Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan hampir 50,000 usahawan dalam kalangan…

34 min lalu ago

Kemampuan Malaysia Manfaatkan Teknologi Baharu Penting Bagi Pemulihan, Daya Tahan

JOHOR BAHRU, 7 Dis - Kemampuan Malaysia untuk memanfaatkan teknologi baharu berperanan penting dalam memastikan…

40 min lalu ago

Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan – Halimah

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan…

44 min lalu ago

Mesyuarat UMNO Medan Perbincangan Terbaik… Platform Tumpu Agenda Parti – Raime

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi melihat mesyuarat UMNO…

55 min lalu ago