Categories: Berita Utama

Kukuh Kerjasama, Elak Sejarah PRU-14 Berulang – Ismail Sabri

BERA, 3 Jan – Usaha memperkukuh kerjasama parti Melayu dan Islam perlu diperhebatkan supaya tidak berlaku perpecahan yang boleh menyebabkan sejarah Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 berulang.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata formula sesuai diperlukan bagi memastikan tidak berlaku pertembungan antara parti-parti terlibat pada PRU akan datang.

“Saya difahamkan setakat ini, rundingan kerusi masih lagi dilakukan kerana kita cuba mengelak pertembungan antara UMNO, PAS dan Bersatu dan saya percaya perbincangan akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Pertahanan) berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan UMNO Bera akan terus menyokong mana-mana parti yang memperjuangkan agenda Melayu, Islam dan Bumiputera, selain berpegang kepada ketetapan ‘No DAP, No Anwar’. – BERNAMA

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

2 jam lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

8 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

10 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

10 jam lalu ago