KUALA LUMPUR, 19 Dis — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyiram air mawar di pusara ibunya Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, yang selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.
Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.