SD Sokong Anwar: Mohamad Alamin Nafi Tandatangan, Timbang Sudut Perundangan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menafikan dakwaan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan niat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, sebagai peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

“Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Sehubungan itu beliau sedang menimbang beberapa sudut perundangan terhadap beberapa media dan lain-lain kerana telah menyebut namanya sebagai salah seorang dalam 10 ahli Parlimen UMNO yang telah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya juga, seharian hari ini beliau bersama anak dan tidak sempat meneliti berita yang kononnya beliau adalah salah seorang daripada 10 Ahli Parlimen UMNO yang telah menandatangani SD menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, tular dakwaan10 Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar melalui SD yang telah ditandatangani.

Selain Ahli Parlimen Kimanis, turut disenarai dalam 10 ahli Parlimen UMNO ini ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.

Sabtu lalu, Anwar sekali lagi cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk SD bagi mengambil alih kerajaan. – UMNO Online

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago