Fajar 2021 Bakal Menyingsing… Sesuatu Mesti Segera Dilakukan
Nikkei Asia dalam laporan teknologi terkini pada 4 Dec 2020 melaporkan bahawa Indonesia terus menarik syarikat teknologi gergasi Amerika melabur dalam pelbagai perniagaan internetnya.
Facebook, Google and Microsoft telah melabur dalam angka beberapa biilion pada tahun 2020 walaupun Indonesia berhadapan dengan pandemik Corona yang meruncing. Begitu juga Temasik, Alibaba dan Softbank Japan.
Gojek, Tokopedia dan Bukalapak antara yang menerima pelaburan signifikant dalam bulan November 2020, dalam angka ratusan juta USD.
Ekonomi digital Indonesia telah berkembang lima kali ganda semenjak 2015. Ia kini dianggarkan bernilai 44 Billion USD pada 2020 dan akan mencapai 125 Billion USD pada 2025. Menjelang tahun 2025, Indonesia akan menjadi ekonomi kelima terbesar dunia.
Malaysia, pada tahun 2020, menyaksikan pelbagai drama politik yang terus menyuramkan lagi iklim pelaburan. Pandemik Corona terus meletakkan ekonomi Malaysia pada kemelesetan terparah dalam sejarah.
Tiga minggu dari sekarang, akan menyinsinglah fajar 2021. Kita akan mengakhiri tahun 2020 dengan tiada pencapaian penting, apatah lagi lonjakan baru untuk kemajuan dan kebolehsaingan.
Negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Cambodia terus menunjukkan pencapaian ekonomi yang berdaya saing, menarik pelaburan teknologi dan menjadi negara perindustrian yang penting. Singapura pula memecut laju meninggalkan Malaysia jauh kebelakang.
Sesuatu mesti dilakukan segera. Kelesuan iklim pelaburan kita tidak boleh berterusan begini. Malaysia bermula dengan ekonomi perindustrian berorentasi eksport. Sekarang sektor perindustrian kita sangat jauh terkebelakang. Malaysia pada hemat saya “is experiencing premature deindustrialization”.
Sektor pertumbuhan baru seperti ekonomi digital, perbankan dan kewangan pula, terus malar tanpa impetus pertumbuhan radikal.
Kita telah membuang begitu banyak masa dan peluang dalam tahun 2020. Kita mesti meraikan kedatangan tahun 2021 dengan ‘a bold, robust and inclusive economic agenda’.
Agenda reset ekonomi mesti segera beralih kepada pertumbuhan yang berganda, pelaburan bermutu dalam sektor teknologi dan innnovatif serta membuka pasaran dengan lebih agresif.
Untuk itu, Malaysia mesti segera mempunyai Kerajaan yang stabil, Kabinet yang progresif dan dasar ekonomi yang ‘revolutionary’. Pandemic Corona tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk ekonomi terus pegun dan terencat sebegini.
Sehingga sekarang, kita tidak melihat sesuatu yang meyakinkan menjelang terbitnya fajar 2021. Semoga semua ini akan segera berubah kerana Malaysia sebelum ini adalah jauh lebih dinamik. Kita mesti segera menjadi yang terbaik semula di Asia Tenggara tanpa berlengah.
Datuk Seri Mohamad Hasan