Pembentangan Vaksin COVID 19
KUALA LUMPUR 25 Nov – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Khairy Jamaluddin telah mendengar pembentangan daripada Prof Dr. Sazaly Abu Bakar dan pasukan penyelidik dari Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC), Universiti Malaya berkenaan vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan mereka. Pasukan TIDREC UM ini dianggotai sepenuhnya oleh para penyelidik tempatan.Pembentangan tersebut diadakan semalam- Sumber FB : Khairy Jamaluddin