KUALA LUMPUR, 17 Nov — Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanya khabar kepada Safiah Dollah, ibu Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin, yang meninggal dunia pagi tadi, di Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis hari ini.
Baharom, 54, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas dimasukkan ke hospital itu sejak dua minggu lalu selepas Allahyarham mengadu mengalami masalah batu karang tersumbat dalam hempedu sehingga menyebabkan jangkitan dalam darahnya.