Categories: Berita Lain

COVID-19: 823 Kes Baharu, Lapan Kematian

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas kembali kepada tiga angka pada 823 kes, selain merekodkan lapan kematian baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 26,565 kes dengan kes aktif sebanyak 9,202.

Beliau berkata kesemua jangkitan baharu itu adalah kes penularan dalam negara dengan 533 kes dilaporkan di Sabah.

“Jumlah ini (kes di Sabah hari ini) menunjukkan penurunan kes sebanyak 356 kes (40 peratus) berbanding jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Sabah semalam… ini berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan daripada Penjara Kepayan, Kota Kinabalu telah menurun daripada 434 kes baharu semalam kepada 67 kes baharu pada hari ini.

“Bagaimanapun, jumlah ini masih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata daripada 533 kes itu, 160 merupakan daripada kluster-kluster termasuk 27 daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul; 270 kes daripada saringan kontak rapat dan 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Katanya Pulau Pinang mencatatkan 97 kes dengan 96 daripada kluster-kluster termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan, selain satu kes saringan kontak rapat.

“Di Selangor pula 88 kes iaitu 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari; 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

“Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 26 kes iaitu 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada, tiga kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan satu kes daripada lain-lain saringan COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 22 kes pula dicatatkan di Negeri Sembilan iaitu 13 kes daripada kluster-kluster termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih, satu kes daripada saringan kontak rapat dan lapan kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Beliau berkata Sarawak mencatatkan 16 kes dengan tujuh daripada kluster-kluster termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seladah, sementara sembilan kes daripada lain-lain saringan COVID-19, manakala di Johor, 15 kes dicatatkan iaitu 14 kes daripada kluster sedia ada dan satu kes lagi daripada saringan pulang dari Sabah.

Katanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, 10 kes dicatatkan iaitu lima daripada kluster-kluster sedia ada, satu kes saringan kontak rapat dan empat kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

“Di Terengganu, tujuh kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makekar, manakala enam kes di Perak iaitu lima kes daripada kluster-kluster sedia ada dan satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

“Kedah pula mencatatkan satu kes daripada kluster sedia ada, satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 di Kelantan dan juga satu kes di Putrajaya iaitu daripada kluster sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 162 kes yang dilaporkan hari ini ialah daripada Kluster Seberang Perai, Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 579 kes pulih COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 17,134 kes (64.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Katanya pada masa ini terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 30 memerlukan bantuan pernafasan. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago