Undilah BN: Warisan Hanya Tahu Hantar Janji, Tapi Bantuan Tak Pernah Sampai

TAWAU, 25 Sept. – Lebih dua tahun berlalu sejak kerajaan baharu Parti Warisan mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sabah namun malangnya, tidak ada kemajuan malah keperitan yang dirasakan.

Lantaran itu, rakyat diseru untuk ‘ubah balik’ kerajaan yang ada sebelum ini dengan mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) agar dapat kembali memberikan khidmat kepada rakyat.

Hal tersebut turut diakui oleh para penduduk di Kampung Iban Kuala Nansang, di sini yang mengharapkan agar BN menjadi kerajaan semula selepas Plihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung esok.

Bagi Yot Anak Serit, 63, setiap kali pilihan raya tentunya macam-macam janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin termasuklah Parti Warisan sendiri tetapi setelah berkerajaan tidak ada pun datang menjenguk.

“Mereka datang sini hanya menghantar janji saja tapi tunainya tak pernah ada. Kami minta pembelaan, mahukan keperluan asas untuk kampung kami tetapi tidak ditunaikan.

“Umur sekarang 60 lebih walaupun masih sihat tapi tidak diterima untuk bekerja dimana-mana, minta tanah untuk diusahakan tapi tak dapat dan tanah yang ada pun tak cukup untuk bercucuk tanam, jadi bagaimana kami nak tampung kehidupan.

“Sebelum ini ada tanah, ditarik balik sehinggakan kami menderita jadi kenapa kerajaan ini tak tampung kami, nak sekolahkan anak cucu bagaimana kalau nak makan pun tak cukup,” katanya.

Beliau yang juga ibu tunggal kematian suami memberikan harapan yang tinggi untuk kerajaan Sabah kembali kepada BN.

“Memang harapan kami sangat tinggi kepada BN untuk ubah kerajaan yang ada, bantulah kami yang sudah ketinggalan, tanah tak ada, air nak minum makan pun tak ada.

“Kami golongan yang mahir dalam kraftangan boleh menganyam, boleh menanam untuk sumber sendiri tapi sekarang tak ada tanah, nak menanam tak boleh nak menganyam pun kena beli sudah, bagaimana mahu teruskan hidup,” keluhnya lagi.

Hal tersebut turut dipersetujui oleh Jua Anak Sibat, 50, yang turut berharap agar BN akan kembali menjadi kerajaan untuk membantu rakyat dan mengubah nasib kaumnya juga.

“Dalam hal politik parti Warisan… dua tahun yang memerintah, kami di sini seperti ketinggalan dalam ekonomi dan pembangunan, sekarang BN perlu hidup kembali demi untuk membela nasib rakyat seperti kami.

“Kita perlu undi BN kerana kita sudah merasa dua tahun yang kebelakangan ini kita sudah ketinggalan, maka sekiranya BN kembali kelak kami amat harap agar calonnya hari ini dapat bantu minta kembali tanah kami yang dikeluarkan dari Sungai Menteri dan kawasan perkampungan kerana tanah yang tinggal sekarang sangat tidak cukup untuk kami.”

Apatah lagi katanya, kawasan perkampungan Iban yang mereka diami tiada sumber air yang bersih dan hanya mengharapkan sumber dari sungai namun sekiranya musim hujan maka tiada air yang berkualiti untuk penduduk di sini

Sehubungan itu, Abdul Majid Salleh, 50 yang merupakan ketua PDM Andrassy juga berharap agar BN dapat diangkat kerana kerajaan sebelum ini gagal bela nasib rakyat.

“Harapan rakyat terletak pada BN untuk ubah nasib mereka… untuk meningkatkan nilai kehidupan mereka khususnya berkaitan keperluan asas yang mana menampakkan kampung ini agak ketinggalan. Keperluan asas yang sangat penting, harap perkara ini dapat diselesaikan apabila BN memerintah kelak,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.