“Kami Pakai Baju ‘Putih’ Untuk Bekerja… Undi ‘Tatap’ BN”

KIMANIS, 19 Sept – “Kami pakai baju ‘putih’ untuk bekerja sahaja…tetapi dalam hati, kami akan pangkah calon nombor satu (1) iaitu calon BN.”

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin berkongsi pengalaman ‘walkabout’ ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bongawan.

Program berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan BN Sabah yang lain turut menarik penduduk setempat lain yang bersama-sama bertekad untuk membantu kemenangan BN pada 26 Sept. nanti.

Meneruskan ucapannya Ag Syairin yang merupakan bekas Pegawai Daerah Kecil Membakut dan juga imam sekitar kawasan berkenaan berkata pengalaman sebelum ini akan digunakan sepenuhnya untuk masyarakat di DUN berkenaan sekiranya diberikan peluang sebagai wakil rakyat.

‘’Insya-Allah jika diberikan mandat dan tanggungjawab nanti saya membawa misi tersirat… pengalaman tadbir daerah… cara saya tadbir daerah akan terjemahkan untuk tadbir Bongawan ini… ekonomi… pendidikan dan sebagainya lagi.

‘’Syukur Alhamdulillah saya dapat balik ke kawasan sendiri sebelum bersara dan dipelawa mewakili calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini,’’ ujarnya.

Beliau seterusnya menambah PDM Bongawan serta kawasan berkenaan bukanlah asing baginya kerana beliau bukan sahaja dilahirkan dan dibesarkan di kawasan berkenaan, malah turut mempunyai saudara mara yang rapat di Kawasan Bongawan.

‘’PDM Bongawan ini bukan asing bagi saya… beberapa langkah sahaja ke rumah saya… hari-hari jumpa masyarakat di sini. Hubungan saya di Bongawan hampir 70 peratus merupakan keluarga yang hampir-hampir sekali… saya lahir dan dibesarkan di Bongawan ini. Hari mengundi nanti pangkah nombor satu (1) , insya-Allah kita akan mencapai kemenangan,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.