BACHOK, 8 Sept — Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (tengah) bergambar kenangan bersama para nelayan selepas merasmikan program Merdeka@Komuniti Peringkat Negeri Kelantan di Jeti Pengkalan Petah hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (tiga, kanan).
Program Merdeka@Komuniti ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara bagi mewujudkan suasana kemeriahan dan kesedaran masyarakat terhadap sambutan Bulan Kebangsaan. Foto–FB Zahidi Zainul Abidin