KUANTAN, 24 Ogos — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Pada mesyuarat kali ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhamad.