Calon Bebas Sekadar Kaburi Mata Rakyat, Hakikatnya Dalang PH – Mohd Zaidi
TANJUNG MALIM, 23 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim, Mohd Zaidi Aziz berkata pengundi di Slim tentunya sudah kenal siapa sebenarnya calon bebas yang hakikatnya, dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) dalam PRK bagi kawasan tersebut.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pengundi-pengundi di Slim membuat keputusan yang bijak dan tolak calon yang ada di sebalik bayang-bayang PH.
“Kita harap rakan-rakan dan pengundi di sini tahu walaupun dia kata dia Bebas tapi sebenarnya mereka bukannya bebas dah terserlah siapa yang mendokong, membantu dan siapa yang turun kempen untuk calon bebas ini… kita sudah tahu.
“Jadi… kita harap pengundi DUN Slim ini sudah membuat keputusan yang tepat dan melihat bagaimana mereka dikatakan bebas tapi berselindung disebalik bayangan pihak lain. Kita tahu pengundi Slim orang yang cerdik pandai dan dapat nilai apa keutamaan calon.
“Kita perlukan pemimpin tempatan, yang ada pengalaman dan mampu membawa suara ke atas kerana seandainya BN diberi mandat, sudah pasti kerajaan yang ada sekarang… disokong kondisi yang ada di peringkat Negeri dan Persekutuan. Kita lihat kerjasama yang erat dan padu antara Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional,” katanya kepada UMNO Online, hari ini, di sini.
Dalam masa yang sama, Mohd Zaidi yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengharapkan agar jentera BN terus giat berkempen hingga hari mengundi.
“Kita dah masuk pusingan kedua siri kempen ini dan kita kena lebih laju dan lebih fokus berjumpa dengan pengundi. Jadi bermula dari semalam telah mengatur strategi bertemu dengan ‘focus group’, imam-imam, para guru dan pesara guru, pesara kerajaan, veteran tentera dan polis, kumpulan anak muda dari pelbagai NGO, Rela, JPAM, Bomba dan sebagainya.
“Alhamdulillah… nampaknya ‘respon’ dari pengundi cukup baik dan penerimaan juga amat baik. Kita yakin BN mampu untuk meraih kemenangan yang besar bagi N58 Slim ini,” ujarnya. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan