Letupan Di Beirut: Kita Bersedih… Semoga Kerajaan Lubnan Dan Rakyatnya Tabah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ibu Kota Lubnan, Beirut dikejutkan dengan letupan besar yang mengorbankan banyak nyawa.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa dukacita dan turut bersedih dengan laporan itu.

“Kita bersedih dengan laporan yang menyayat hati di Beirut taktala seluruh dunia masih berperang dengan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi media sosial beliau, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berdoa agar kerajaan Lubnan dan rakyatnya tabah.

“Semoga Kerajaan Lubnan dan rakyatnya tabah menghadapi ujian yang getir ini. Kepada Allah SWT jualah tempat kita bergantung harap dan memohon perlindungan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Menerusi laporan media, seramai 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi cedera dalam dua letupan yang menggegarkan Beirut semalam.

Letupan itu menyebabkan beberapa buah bangunan bergoyang dan kepulan asap menjulang ke langit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.