PRK DUN Slim: Wanita UMNO Sentiasa Siap Siaga – Salina

SLIM RIVER, 4 Ogos – Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Malim, Salina Samsudin berkata Jalinan Rakyat (JR) Wanita sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Katanya, gerak kerja di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) telah lama digerakkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Gerak kerja wanita bukan untuk PRK tetapi untuk PRU, dan senarai nama telah pun diserahkan kepada PDM-PDM dalam Parlimen Tanjung Malim. Dan apabila berlaku PRK ini maka kami giatkan lagi di mana setiap Ketua Wanita Cawangan dalam DUN Behrang dan Sungkai diserapkan dalam PDM-PDM dalam DUN Slim untuk menjalankan kerja kajian sikap dan gerak mesra.

“Kita sebenarnya selepas pilihan raya umum dah bergerak. Dan kebetulan tiga minggu sebelum arwah pergi kami telah menggerakkan jentera kami dan tak sangka… Wanita Insya-Allah bersedia,” ujarnya kepada UMNO Online.

PRK DUN Slim diadakan berikutan penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung.

Pada Khamis minggu lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK di kawasan tersebut akan diadakan pada 29 Ogos dan hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Seterusnya tambah Salina, beliau menyambut baik kesediaan muslimat PAS memberi komitmen membantu UMNO di dalam PRK tersebut.

“Tentang Muafakat Nasional, Alhamdulillah Muslimat PAS kawasan ada menghubungi dan menawarkan untuk bekerjasama, merayu undi dan membantu di PDM-PDM.

“Buat masa sekarang kita (parti) baru sahaja melantik Pengarah Pilihan Raya dan Pengarah Operasi Pilihan Raya jadi kami masih menunggu arahan seterusnya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Salina berharap dengan kerjasama tersebut Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan seterusnya mendapat majoriti yang lebih besar.

Salina juga menasihati semua jentera khususnya JR memastikan keselamatan diri, keluarga dan pengundi sepanjang menjalankan tugas dan kempen dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. – UMNO ONLINE

Oleh: Zylan Mohamed

Recent Posts

Hidup BN…Radu Tatap Radu

KINABATANGAN, 22 Sept – Sebahagian penduduk dan pengundi PDM Buang Sayang tidak melepaskan peluang bertemu…

1 hour ago

Terima Kasih Atas Sokongan

KINABATANGAN, 22 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri…

1 hour ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda