Categories: Berita Lain

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam Dua Minggu Lagi – SPR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom.

Azmi yang menjalankan tugas pengerusi SPR berkata suruhanjaya itu masih belum dapat menetapkan tarikh mesyuarat itu buat masa ini kerana memerlukan sedikit masa memandangkan PRN Sabah membabitkan satu negeri dengan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua maklum bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman pembubaran DUN, perlu diingatkan PRN tidak sama dengan Pilihan Raya Kecil.

“Jadi ia memerlukan sedikit masa lagi bagi mengadakan satu pilihan raya yang sesuai dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dengan SPR menerima pemakluman rasmi mengenainya pada keesokkan hari.

Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN. – BERNAMA

Recent Posts

Hidup BN…Radu Tatap Radu

KINABATANGAN, 22 Sept – Sebahagian penduduk dan pengundi PDM Buang Sayang tidak melepaskan peluang bertemu…

2 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan

KINABATANGAN, 22 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri…

2 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda