Kerajaan Akan Terus Sokong Felda Untuk Bangkit Semula – PM Muhyiddin

TAPAH, 7 Julai – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan akan terus memberikan sokongan padu kepada Felda untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata usaha itu akan membolehkan Felda melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

“Saya ingin memberi jaminan kepada seluruh warga Felda bahawa Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya akan terus memberikan sokongan padu kepada Felda untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan,” katanya,

Beliau berkata demikian semasa melancarkan sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampung Tun Abdul Razak di Sungkai dekat sini hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.